KO-KURIKULUM

Tanggungjawab Guru Penasihat Sukan / Permainan dan Rumah Sukan

GURU KELAB PING PONG 2012
  •   Membentuk jawatankuasa
  •   Merancang dan meningkatkanpengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti sukan dan    permainan
  •   Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi
  •   Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
  •   Menganjurkan perlawanan antara rumah, asrama dan kelas jika perlu
  •  Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar
  •   Mengurus surat kebenaran ibu bapa dan penjaga dan surat akuan rawatan ke pertandingan luar
  •   Melapor dan merekodkan keputusan  pertandingan yang disertai
  •   Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan ahli
  •   Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi
  •   Merancang aktiviti tahunan dengan ahli atau murid dibawah seliaannya
  •   Tugas –tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa 
 GARIS PANDUAN TUGAS PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/BADAN BERUNIFORM/SUKAN & PERMAINAN
 
GURU PENASIHAT KADET REMAJA SEKOLAH 2012
 Mengadakan mesyuarat agung Kelab/Persatuan/Unit Beruniform pada sekurang-kurangnya minggu kedua bulan Januari untuk melantik AJK Kelab/Persatuan/Unit Beruniform.

Mengadakan peraturan/perlembagaan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform.

Merancang kegiatan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform untuk setahun.

Memastikan ahli-ahli lulus ujian/pengiktirafan dari badan induk.

Memastikan perjalanan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Sukan &Permainan  tidak menyalahi peraturan sekolah dan tidak menyeleweng dari perlembagaan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/ Sukan &Permainan .
Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui penyelaras unit kokurikulum masing-masing:

i               Perlembagaan

ii             Senarai AJK

iii            Rancangan/Kegiatan setahun

iv             Anggaran perbelanjaan/keperluan                                            

 1. Kelab/Persatuan/UnitBeruniform

Memastikan setiap aktiviti mengikut jadual berjalan lancar guru penasihat hendaklah menghadiri setiap mesyuarat atau perjumpaan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/ Sukan &Permainan .

Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/buku rekod kehadiran selepas tamat perjumpaan.

Mengawal dan mengemaskini papan kenyataan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform untuk mengelakkan di salahguna.

Bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar menyediakan laporan kegiatan mengikur format yang betul.

Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/ Sukan &Permainan .

Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu pertandingan.

Menguruskan penyertaan ahli Kelab/Persatuan/Unit Beruniform dalam kegiatan/ pertandingan di semua peringkat.

Memajukan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform dengan cara yang difikirkan sesuai.

Melengkapkan pengetahuan sebagai jurulatih pasukan beruniform atau penasihat kelab atau menjemput jurulatih/penasihat luar.

Semua kegiatan lawatan anjuran Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Sukan &Permainan  hendaklah mendapat kebenaran Pengetua.

Mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga apabila pelajar diperlukan untuk sesuatu aktiviti di luar kawasan sekolah.

Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar-pelajar yang menyertai kegiatan di luar kawasan sekolah kepada PK Kokurikulum, Setiausaha Kokurikulum, guru kelas dan sesiapa yang difikirkan perlu.

Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan memungut balik disimpan tempat yang selamat.

Menentukan semua surat menyurat daripada pihak luar hendaklah dibuat melalui Pengetua dan surat-surat dari luar hendaklah dirujuk kepada Pengetua sebelum mengambil sebarang tindakan.

Bertanggungjawab membuat tempahan pengangkutan/bas sekiranya diperlukan.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.




2. GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA KELAB SUKAN & PERMAINAN

Menentukan objektif sukan tercapai.

Merancang aktiviti sukan sekolah jangka pendek/panjang

Mengenalpasti T.O.V dan merancang aktiviti sukan.

Merancang aktiviti peningkatan dan penglibatan pelajar dalam sukan.

Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.

Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.

Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelincinan, dan kelancaran pelaksanaan.

Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.



3. GARIS PANDUAN TUGAS GURU PERMAINAN SEKOLAH

Memajukan kemahiran pelajar dalam permainan di bawah jagaanya dengan cara melatih mereka mengikut jadual yang telah di tetapkan atau masa-masa lain dengan persetujuan Setiausaha Sukan dan mengatur seberapa banyak permainan atau perlawanan persahabatan dengan pasukan lain atau sekolah-sekolah berdekatan.

Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui Setiausaha Sukan.

                                 i              Peraturan/Perlembagaan

                                ii             Senarai AJK

                                iii            Rancangan/Kegiatan setahun

                                iv             Anggaran perbelanjaan/penyata kewangan

Mengurus dan melatih Pasukan Sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan MSSD dan MSSK.

Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan.

Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar dan mengurus surat kebenaran ibubapa.

Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu perlawanan.

Bertanggungjawab atas kehadiran pemain pada masa latihan dan perlawanan.

Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/buku rekod kehadiran selepas tamat perjumpaan.

Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan memungut balik disimpan tempat yang selamat.

Menyimpan rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan mencatat butir-butir, tarikh, pasukan lawan, tempat berlawan dan keputusan.

Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti keselamatan, minuman, kecederaan dan sebagainya.

Memastikan pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi disamping menjunjung undang-undang dan disipilin sekolah.

Menentukan peralatan atau gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan.

Menilai prestasi pasukannya dalam permainan.

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment