Friday 9 March 2012

KEMELUT SBPA BERAKHIR, SSM DIKEKALKAN

Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan akhir tahun lepas memang menggembirakan sesetengah pihak. Dalam masa yang sama juga turut menimbulkan beberapa persoalan dan rasa tidak puas hati kumpulan lain hingga memaksa SBPA disemak semula.
Walaupun ada makluman menyatakan yang semakan SBPA akan selesai pada awal bulan April nanti, tetapi dalam Perhimpunan Khas Kakitangan Awam yang berlangsung pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa:
  • Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.
  • Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.
Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:
  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  • Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  • Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  • Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
  • Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA):
  • Kawasan B: kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200
  • Kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Pelarasan gaji baru ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun 2012 dan dibayar mulai bulan ini (Mac) atau April bergantung kepada jabatan masing-masing.
Diharap selepas ini tidak ada lagi isu yang timbul berhubung kenaikan gaji dan biarkan SBPA hilang daripada ingatan.
Pengumuman SBPAPengumuman SBPA

No comments:

Post a Comment