CIRI-CIRI ;
•MENUNJUKKAN SIFAT PENYAYANG DAN MENGAMBIL BERAT.
•MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA IDE DAN PERASAAN ORANG LAIN.
•BERSIFAT SEDIA MEMBANTU DAN MEMBERI KHIDMAT
Huraian ;
Dalam perbincangan ini ustaz ingin membawa pengunjung untuk melihat kepentingan prinsip CUT APPLE A dalam pembinaan perhubungan seharian dengan orang di sekelilinga kita. prinsip CUT APPLE A yang pertama ialah (C) CARING atau sikap mengambil berat . Cuba anda bayangkan ....... seharian hidup anda dikelilingi oleh insan-insan yang mempunyai keperibadian dan watak " CARING" seperti di atas. Ibubapa atau pasangan hidup di rumah yang penyayang. Majikan dan bos yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan anda. Rakan sepejabat , sebilik atau sekuliah , yang memahami perasaan anda. Guru-guru yang sentiasa memberikan perhatian kepada anda serta dikelilingi oleh insan yang sentiasa bersedia membantu kerja seharian anda.
Apakah anda masih rasa tersisih ? terhina ? tidak dihargai ?
Zahirkanlah sifat "CARING" anda agar manusia di sekeliling anda rasa BAHAGIA dengan kewujudan anda.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA .....
Huraian lanjut dan iktibar ;
Nabi Muhammad saw pernah bersabda " sesiapa yang tidak menyayangi (sesama manusia) maka dia tidak akan dikasihi ( oleh Allah, para kekasih Nya juga makhluk Nya) " .
Hadis yang pendek ini sebenarnya memberikan makna yang besar dalam konteks hubungan kemanusiaan baik antara sesama rakan, ahli keluarga , sahabat handai atau masyarakat.
Pernahkah anda melihat seseorang atau sekelompok manusia yang hidup terpinggir ? tidak dihiraukan kewujudannya ? orang tak peduli ? Pernah melihat golongan warga tua yang merempat atau ditinggalkan di pusat asuhan orang tua sedangkan anak-anak masih ada dan "berada " ? atau melihat rakan yang keseorangan terpinggir sendirian tiada berteman ?
Ustaz pasti kita semua pernah melalui , mengalami atau melihat peristiwa ini. Mungkin dalam ahli keluarga kita, di pejabat, di sekolah atau asrama malah sebenarnya dimana-mana kita dapat menyaksikannya.
Hadis di atas sebenarnya memberikan isyarat jelas kepada sesiapa yang mahu berfikir bahawa kita akan dapat yang yang kita berikan pada orang lain. jika kita berikan kebaikan maka kita juga insyaAllah akan menerima kebaikan. Jika keburukan dan kebencian kita berikan kepada orang di sekeliling kita .. maka kita akhirnya juga akan menerima kebencian dari mereka. Jika tak peduli dan tidak kisah tentang perasaan, keperluan orang lain maka satu saat .... kita tidak dipedulikan oleh sesiapa .
Dalam erti kata lain , kita pastinya akan menerima jua balasan dan akibat dari perbuatan kita sendiri. Akibat atau balasan ini mungkin ditangguhkan sehingga di hari pembalasan atau kita menerimanya di atas dunia ini lagi .
Justeru itu para pengunjung budiman ...
Berikan nilai kebaikan dalam diri kita , paparkan sifat penyayang, perihatin dan sikap ambil berat kita pada orang di sekeliling kita. Hormati pandangan, fikiran dan perasaan orang lain. Hulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. BUKAN DENGAN NIAT MENGHARAP BALASAN ! tapi YAKINLAH bahawa Allah tidak pernah sesekali membiarkan amal baik kita begitu sahaja.
AWAS!!!
"caring" yang anda terima mestilah berpada-pada dan bertempat. Jangan ada ruang untuk orang mengambil kesempatan terhadap diri anda dengan sifat "caring" mereka walau apa jua alasan dan tujuannya. "Caring" sebagai abang? sebagai ayah? sebagai kakak? atau siapa saja tetap ada sepadannya. Jangan sampai anda menjadi mangsa " caring" kerana telah banyak insiden haruan makan anak dalam masyarakat kita. Harapkan pagar.. pagar makan padi !!!
No comments:
Post a Comment