Banyak
pihak yang sebenarnya kurang faham tentang sekolah kluster yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Di bawah diturunkan
maklumat berkaitan Sekolah Kluster yang boleh diakses melalui laman
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah disebar luas
kepada semua warga pendidik.
Latar Belakang
Idea
mewujudkan kluster kecemerlangan institusi pendidikan telah disuarakan
oleh YB Menteri Pelajaran pada 3 April 2006. Hasrat KPM ialah untuk
melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem
pendidikan negara menerusi kluster kecemerlangan institusi pendidikan.
Kertas konsep Pelaksanaan Sekolah Kluster telah dibentangkan kepada YB
Menteri Pelajaran pada 27 Februari 2007. Rentetan daripada kertas konsep
tersebut, YB Menteri Pelajaran telah bersetuju supaya Sektor Sekolah
Kluster diwujudkan di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
bagi mengurus pelaksanaan Sekolah Kluster.
Sekolah
Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat
melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum,
sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche area) yang menggambarkan watak sekolah.
Tinjauan
literatur menunjukkan amalan mengelompokkan sekolah dengan tujuan
peningkatan kualiti pendidikan telah dilaksanakan di banyak negara
berlandaskan asas-asas yang berbeza. “School Learning Cells” di Filipina
dan “Association of Schools” di Colorado, Amerika Syarikat adalah dua
contoh di mana sekolah dikelompokkan untuk mengoptimumkan sumber yang
ada dan berkongsi kepakaran. Begitu juga di Singapura di mana sekolah
dikelompokkan dalam kluster mengikut lokasi bagi menyediakan “... a
framework for a group of schools to come together, ideas, facilities,
personnel and other educational resources can be effectively pooled and
utilized” (Wong, 2000). Atas dasar yang sama juga, New Zealand
mewujudkan Ruapehu Cluster. Bilangan sekolah bagi setiap kluster kurang
daripada 10 buah. Peru di Amerika Selatan mengumpulkan 30 - 40 buah
sekolah dalam sesebuah kluster.
Pewujudan sekolah kluster ada yang berdasarkan kecemerlangan sekolah seperti “Pockets of Educational Excellence”
di daerah Abbott, New Jersey, Amerika Syarikat. Di United Kingdom,
terdapat Sekolah Kluster Cemerlang seperti Scunthorpe Excellent School
Cluster, Halifax Excellence Cluster (22 sekolah rendah dan 5 sekolah
menengah), serta Lancaster Schools Excellence Cluster (8 sekolah rendah
dan 3 sekolah menengah). Pengelompokan sekolah cemerlang ini bertujuan
berkongsi amalan baik dan membina jaringan kerjasama dalam kalangan
sekolah. Di Hong Kong, terdapat “Cluster Schools Gifted Education” yang berfokus untuk menyediakan peluang pembelajaran khusus bagi murid pintar cerdas menerusi “pull-out programmes”.
Bertolak
daripada tafsiran luas mengenai sekolah kluster sebagaimana ditunjukkan
di atas, KPM mewujudkan pengelompokan sekolah dalam bentuk kluster di
mana dalam setiap kluster itu ada sekolah yang cemerlang. Sekolah ini
dikenali sebagai Sekolah Kluster sebagaimana dirujuk oleh YB Menteri
Pelajaran (NST, 14 Januari 2007). Pewujudan Sekolah Kluster ini sesuai
dengan pendekatan kedua PIPP, iaitu ”mengembangkan sepenuhnya potensi
sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan
pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia”
(PIPP, 2006, ms. 31).
Definisi Sekolah Kluster
Sekolah Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche areas) yang menggambarkan watak sekolah.

Tujuan
Pewujudan Sekolah Kluster dalam sistem pendidikan di Malaysia bermatlamat merealisasikan Teras Strategik Ke-6, PIPP. Sekolah ini diwujudkan bertujuan: (a) Melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia; (b) Membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok; dan (c) Menjadi showcase di peringkat antarabangsa.

Kluster Sekolah
Model sekolah kluster pada prinsipnya boleh berasaskan beberapa kelompok seperti berikut : (a) Lokasi (b) Jenis sekolah (c) Jenis program dan (d) Kebitaraan (Niche Areas)

Bagi fasa pertama sekolah dikelompok seperti berikut:
(a) Sekolah Rendah (SK, SJK(C), SJK(T), Sekolah Pedalaman, Sekolah Orang Asli dan Sekolah Kurang Murid);
(c) Sekolah Pendidikan Khas (SPK, SMPK, SMPKV);
(d) Institusi lepasan menengah (Kolej Matrikulasi, IPG); dan
(e) Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta.
Pengurusan Pelaksanaan Sekolah Kluster Peringkat KPM
Bagi memastikan sekolah kluster dapat beroperasi perkara-perkara berikut telah dilaksanakan : (a) Jawatankuasa Pelaksana Sekolah Kluster dipengerusikan oleh TKPPM Jabatan Sekolah dan ahlinya terdiri daripada Pengarah/wakil Bahagian KPM yang berkaitan serta Pengarah/wakil JPN. (b) Jawatankuasa Pemilihan Sekolah Kluster (Selection Committee) di peringkat kementerian Pelajaran Malaysia dipengerusikan oleh KPPM dengan 5 ahli dari KPM (TKPPM Jabatan Sekolah, TKPPM JPTek, TKPPM JAPIM, TKSU Kewangan dan Pemerolehan, dan TKSU Sumber Manusia). (c) Jawatankuasa Panel Penasihat terdiri daripada ahli luar KPM yang dilantik oleh YB Menteri Pelajaran dan dua orang ahli daripada KPM. (d) Sektor Sekolah Kluster diwujudkan di Bahagian Sekolah untuk menyelaras pemilihan dan pengurusan pelaksanaan Sekolah Kluster. (e) Jemaah Nazir Sekolah akan berperanan membuat penilaian verifikasi kepada calon Sekolah Kluster dan membuat penaziran ke atas Sekolah Kluster secara berkala. (f) Bahagian Pendidikan Guru berperanan mengendalikan latihan dan kursus kepada guru-guru (g) Institut Aminuddin Baki berperanan mengendalikan kursus dan latihan dalam dan luar negara kepada pengetua dan guru besar

Kriteria Pemilihan Sekolah Kluster
Prasyarat
Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia -Sekolah (SKPM) terkini.

Pencapaian akademik Sekolah Menengah
Penentuan kecemerlangan kurikulum akan berbeza mengikut kategori sekolah. Gred Purata Sekolah untuk peperiksaan awam PMR dan SPM bagi setiap kategori adalah seperti yang berikut untuk tiga tahun berturut-turut tidak melebihi:

i. SBP : GPS 2.5
ii. SMKA : GPS 3.0
iii. SMT : GPS 4.0
iv. SM Harian : GPS 4.0
Sekolah Rendah
i. 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, ATAU
ii. Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; ATAU
iii. Gred Purata Sekolah: GPS 2
Syarat Pemilihan
i. Kecemerlangan murid dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah
ii. Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
iii. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
iv. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
v. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
vi. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
vii. Keberkesanan pelaksanaan program KPM
Pemilihan Sekolah Kluster perlu mematuhi kriteria di atas. Sekolah mesti mencapai tahap sekurang-kurangnya 80% bagi semua syarat di atas Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran berhak membuat pengubahsuaian dari semasa ke semasa.
Prosedur Pencalonan Sekolah Kluster
Pencalonan Sekolah Kluster adalah berdasarkan kepada: (a) Permohonan oleh sekolah dan (b) Pencalonan oleh KPM

Prosedur Pemilihan Sekolah Kluster
Langkah 1 : Penerimaan pencalonan atau permohonan
Langkah 2 : Penilaian borang pencalonan atau permohonan
Langkah 3 : Penilaian sekolah dan verifikasi
Langkah 4 : Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pemilihan
Langkah 5 : Senarai calon dimaklumkan kepada panel Penasihat
Langkah 6 : Pengesahan dan pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
Pengumuman Sekolah Kluster
Senarai Sekolah Kluster akan diumumkan oleh YB Menteri Pelajaran dalam majlis yang akan diurus oleh Pejabat YB Menteri Pelajaran.

Pengurusan Sekolah
Pemimpin Sekolah
(a) Gred jawatan pengetua/gurubesar adalah lebih tinggi daripada pengetua/gurubesar sekolah biasa (b) Barisan pengurusan sekolah terdiri daripada pengetua/guru besar, timbalannya dan guru-guru kanan

Kepimpinan
pengurusan sekolah adalah termasuk pemimpin sekolah merujuk kepada
Pengetua/Guru besar dan Penolong Kanan. Mereka ialah pemimpin yang
terpilih dan memenuhi syarat pemimpin cemerlang berdasarkan kriteria
pentaksiran IAB. Gred jawatan pemimpin sekolah lebih tinggi daripada sekolah biasa. Dicadangkan gred jawatan Pengetua ialah DG52 dan Guru Besar ialah DGA 36.
Guru
(a) Guru yang berkhidmat di Sekolah Kluster berpotensi mencapai kriteria Guru Cemerlang. (b) Prestasi guru akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster. (c) Sekolah juga boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut kebitaraan secara kontrak atau sambilan (d) Nisbah kelas : guru ialah 1:2 . Norma perjawatan guru bagi Sekolah Kluster ialah 2.0

Kemasukan Murid
Kriteria kemasukan murid ke sekolah kluster kekal. Bagaimanapun Sekolah diberi kuasa mengambil tidak lebih daripada 10% daripada jumlah murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah.

Key Performance Indicator (KPI)
(a) Sekolah menyediakan KPI (b) KPI yang akan dibuat oleh sekolah mesti merujuk kepada panduan KPI KPM

Kuasa Autonomi Sekolah Kluster
(a) Sekolah Kluster diberi kuasa, ruang atau fleksibiliti oleh KPM untuk mengurus kurikulum program dan kegiatan dalam bidang autonomi yang ditetapkan dalam bidang seperti berikut :Kurikulum; Kokurikulum; Hal ehwal murid; Kewangan; Fizikal sekolah; Pemilihan dan pembangunan staf bagi pemimpin sekolah, guru, staf sokongan dan staf tambahan; Projek khas berdasarkan kebitaraan sekolah; Asrama; Penglibatan ibu bapa dan komuniti. (b) Kuasa Autonomi yang diberi kepada sekolah kluster tertakluk kepada pematuhan sekolah kepada piawai yang berikut: Akta Pendidikan 1996; Sistem Pendidikan Kebangsaan; Kurikulum Kebangsaan; Dasar, undang-undang dan arahan berkaitan penjawat awam; Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Siaran/Garis Panduan Kewangan.; Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Senarai Autonomi
Autonomi yang tersenarai di bawah ini dicadangkan untuk membolehkan sekolah beroperasi secara optimum bagi melonjakkan kecemerlangannya. Senarai ini dikelompokkan mengikut kategori yang berikut:

(a) Mengguna pendekatan inovatif untuk melonjakkan kekuatan yang sedia ada; (b) School Based Management (SBM) - sekolah diberi pengupayaan untuk mengubahsuai tadbir urus sekolah untuk mencapai KPI sekolah; (c) Keputusan dibuat secara musyawarah (kolaboratif) dalam Senior Management Team (SMT) yang boleh melibatkan pengurus sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti; (d) Mewujudkan rangkaian hubungan dengan institut pengajian tinggi dalam dan luar negara, badan korporat, NGO, komuniti dan ibu bapa untuk mendapatkan sokongan berbentuk material dan bukan material (kepakaran); dan (e) mewujudkan jaringan dengan sekolah-sekolah yang berhampiran dan sekolah ternama di dunia.

Pengurusan Sumber Manusia
(a) Kemasukan dan pemindahan guru bergantung kepada pencapaian KPI; (b) Memilih 10% daripada jumlah murid baru berasaskan kebitaraan sekolah; (c) Pengambilan staf adalah mengikut kepakaran yang berkaitan; dan (d) Menentukan dasar latihan dan perkembangan staf dengan kerjasama IAB dan BPG yang berterusan mengikut keperluan.

Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
(a) Mencari sumber kewangan sendiri selain peruntukan daripada negeri dan kebangsaan; (b) Membuat keputusan berkaitan peruntukan dan perbelanjaan dengan adanya PTJ / akaun sekolah; dan (c) Memohon insentif untuk menjayakan Request For Proposal (RFP) dalam bidang kebitaraan sekolah.

Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
(a) Boleh menawarkan mata pelajaran selain mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan seperti mata pelajaran LCCI, CAT dan ABRSM; (b) Penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap murid; (c) Pemerolehan dan penggunaan bahan bantu mengajar berdasarkan ICT; dan (d) Penentuan penjadualan waktu belajar/interaksi pembelajaran.

Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
(a) Boleh mendapatkan jurulatih berkelayakan bagi meningkatkan prestasi kokurikulum; dan (b) Boleh menentukan sendiri penyertaan pertandingan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Jaminan Kualiti Sekolah Kluster
TKPPM Jabatan Sekolah akan mempengerusikan pemastian kualiti pengurusan pendidikan di Sekolah Kluster menerusi mekanisme Kawalan Luaran. (Quality Assurance Mechanism)

Kawalan/Audit Luaran
(a) Majlis Maklum Balas Bersama YB Menteri Pelajaran. (b) Sektor Sekolah Kluster di Bahagian Sekolah bertanggungjawab mengurus dan memantau pengurusan dan perjalanan Sekolah Kluster .(c) Jawatankuasa Pelaksana akan menyelaras pelaksanaan mengikut bidang tugas bahagian masing-masing (d) Penaziran Sekolah Kluster berdasarkan SKPM dan KPI sekolah.

Kawalan Dalaman
(a) Pihak pengurusan sekolah mesti memperkukuhkan mekanisme pemantauan secara profesional dalam semua aspek. (b) Pelaporan kemajuan sekolah dan pencapaian murid (termasuk Laporan Penarafan Kendiri menggunakan SKPM) dimaklumkan kepada Sektor Sekolah Kluster mengikut jadual yang ditentukan.

Peranan Agensi Lain
PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO boleh memainkan peranan dalam memastikan Sekolah Kluster berfungsi dengan berkesan. Antara peranan mereka ialah memberi sumbangan dalam bentuk: Biasiswa; Kewangan/Dana; Program Kecemerlangan Akademik; Program Kecemerlangan Kokurikulum; Program Kerjaya

Status Sekolah Kluster
Sekolah yang telah terpilih untuk menjadi Sekolah Kluster perlu memastikan terus cemerlang dalam semua aspek sebagaimana dalam syarat pemilihan Sekolah Kluster.

Sumbangan Sekolah Kluster Kepada Pembangunan Pendidikan
Dalam memastikan usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan menerusi Sekolah Kluster, elitism tidak mewujudkan di dalam diri warga Sekolah Kluster. Sekolah Kluster boleh membantu pembangunan warga sekolah lain menerusi contohnya:

i. Menjadi model kepada sekolah berhampiran;
ii. Menjadi enabler kepada pembangunan pendidikan sekolah berhampiran; dan
iii. Berkongsi kemudahan fizikal sekolah dengan sekolah berhampiran.
Sekolah
Kluster perlu bekerjasama secara kolaborasi dengan sekolah lain dalam
kelompoknya atau di luar kelompoknya untuk melonjakkan lagi
kecemerlangan atas prinsip Kaizen dan situasi win-win.
No comments:
Post a Comment