Visibility seperti yang diberi dalam Collins Cobuild English Language Dictionary adalah: “ the condition of being able to see clearly by other people.”
Bagaimanapun dalam konteks kepimpinan visibility yang diterjemahkan
sebagai ketampakan boleh diertikan sebagai dapat dilihat melaksanakan
tugasnya mengurus aktiviti instruksional dengan hebat dan berkesan di
mana-mana sahaja dalam sekolah mahupun di luar sekolah sama ada beliau
benar-benar hadir di tempat itu atau tidak. Secara tersurat ketampakan
(visibility ) menuntut pemimpin instruksional itu benar-benar berada di
hadapan mata ramai ( klien ) untuk kehadirannya itu dirasai impaknya
dalam pengurusan kurikulum. Secara tersirat, ketampakan ( visibility)
memungkinkan pemimpin instruksional itu tidak perlu hadir secara fizikal
di sekolah namun klien merasakan beliau tetap ada akibat impak yang
hebat daripada kewibawaan kepimpinan dan karisma dirinya. Inilah
sebenarnya elemen yang sebenarnya perlu ada pada setiap pengurus
pendidikan khususnya mereka yang mengurus sekolah.
Ciri-ciri
ketampakan ( visibility ) pemimpin yang diingini ( positif ) adalah
seperti kehadirannya dapat dilihat dan dapat didekati atau didampingi.,
kehadirannya membawa cahaya, menyinari senario kurikulum sekolah,
masalah yang ada terurai dengan kehadirannya dan kehadirannya dirasai
walaupun beliau tiada. “Tiada tetapi seperti ada.” Dalam situasi ini
kehadiran itu adalah simbolik. Misalnya, keretanya ada dan dirasai
beliau ada sedangkan beliau sedang bertugas di tempat lain, yang tinggal
songkok atau cermin mata namun yang ada di situ berhati-hati dan cega
seakan–akan beliau ada atau apabila namanya disebut sahaja boleh
menimbulkan rasa segan dan perlu berhati-hati.
Jadi, bagaiman
kita hendak memastikan supaya kita sebagai pemimpin di sekolah sentiasa
dapat dilihat? Antaranya ialah (a) Ambil masa untuk bercakap dengan
pelajar dan guru pada waktu rehat.Percakapan atau perbualan itu boleh
berlangsung di kantin, bilik guru, perpustakaan, di kaki lima bangunan
sekolah atau di mana sahaja guru atau pelajar sedang berehat. (b) Ambil
masa untuk bercakap dengan pelajar dan guru dalam perhimpunan formal/tak
formal dalam kumpulan kecil/besar. (c) Mengajar dan berinteraksi dengan
pelajar. Pengetua/guru besar wajib mengajar minimum 5 waktu seminggu.
Tindakan ini membolehkan pengetua/guru besar menjadi guru contoh, pakar
rujuk kurikulum dan sekaligus berinteraksi dengan pelajar. Peluang ini
boleh digunakan untuk mengetahui kesan P&P dari perspektif pelajar.
Beri peluang pelajar menganalisis proses pembelajaran dan gunakan
dapatan itu untuk pelajar dan guru meningkatkan prestasi masing-masing.
(c) Lawat bilik darjah bukan sahaja untuk penyeliaan dan pencerapan
malahan untuk membincangkan isu-isu sekolah dengan guru dan pelajar.
Isu-isu seperti ponteng, tidak menyiapkan kerja rumah, pengurusan masa
dan teknik belajar boleh dibincangkan bersama. (d) Masuk kelas yang
tiada guru sebagai guru ganti. Pengetua / guru besar boleh mengajar atau
gunakan kesempatan itu untuk berinteraksi dan membincangkan isu-isu
kurikulum /sekolah dengan pelajar. (e) Masuk kelas yang tiada guru,
sementara menanti guru yang terlewat itu tiba atau guru ganti tiba. (f)
Hadiri mesyuarat panitia dan KMK mata pelajaran. (g) Pengerusikan
Mesyuarat Jawatan Kuasa Kurikulum, jangan terus-menerus diturunkan kuasa
itu kepada penolong kanan sahaja. (h) Selalu mencari peluang
berinteraksi /bercakap dengan guru untuk menggalakkan refleksi
,teamwork, kolaborasi dan kemajuan kerjaya secara amnya. (i) Hadiri dan
ambil bahagian dalam berbagai aktiviti kokurikulum. (j) Hadiri
seminar,bengkel juga kursus bersama guru /pelajar. (k) Hadiri mesyuarat,
kolokium, bengkel, kursus, seminar yang berkaitan dengan pendidikan di
luar sekolah dalam negeri juga luar negera agar dapat berinteraksi
dengan berbagai lapisan stakeholder dan golongan profesional. (l)
Membaca bersama pelajar (m) Merasmikan program akademik sekolah seperti
Kem Bahasa Inggeris, Kem Motivasi, Program Teknik Belajar, Program
Strategi Peperiksaan dll.
No comments:
Post a Comment