PUTRAJAYA -
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan
memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan
hari ini, akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan 1.4 juta
anggota sektor awam.
"Saya harap keputusan ini dapat meredakan ketidakpuasan hati penjawat
awam pelbagai peringkat. Bagi isu-isu lain yang berkaitan perkhidmatan
dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang
diumumkan tadi," kata beliau di sini hari ini.
Najib berkata, bagi menjayakan segala perubahan dalam perjalanan
menuju matlamat untuk transformasi negara, peranan yang penting
terletak di bahu penjawat awam keseluruhannya.
Beliau berkata, SBPA yang diperkenalkan awal tahun ini mengundang
keresahan, rasa terkilan dan perasaan tidak puas hati penjawat awam, dan
oleh kerana kerajaan semasa adalah kerajaan yang prihatin serta
mengenang jasa dan budi, ia mendengar keluh kesah rakyat.
Perdana Menteri berkata, sambil menjelaskan bahawa ekoran rasa tidak
puas hati itu, kerajaan pada 12 Jan lepas memutuskan supaya SBPA dikaji
semula.
Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam TanSri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan
diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklumat
balas yang dikemukakan.
Ia diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.
Perdana Menteri berkata, sebarang cadangan yang disyorkan oleh
suruhanjaya yang dianggotai semua pihak berkepentingan yang bekerja
menerusi prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan itu akan
dipertimbang mengikut kemampuan kerajaan.
Katanya, struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
Katanya, struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.
Najib berkata, kerajaan juga bersetuju supaya Bayaran Insentif
Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran
Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP),
dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
Bagi guru-guru pula, menurutnya, kerajaan mengekalkan keputusan
penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012.
No comments:
Post a Comment