Friday 17 February 2012

ISU,MASALAH &CABARAN DALAM MERANCANG TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.

Bahkan sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan. Kini setelah memasuki alaf baru di abad ke-21, masyarakat dunia telah melalui satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002)….
 

No comments:

Post a Comment