Saturday 18 February 2012

MATA PELAJARAN SEJARAH WAJIB LULUS DALAM PEPERIKSAAN SPM 2013

Hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi Jumaat menegaskan bahawa keputusan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu dari mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah keputusan muktamad. Ini akan menjadikan mata pejaran tersebut sebagai salah satu mata pelajaran wajib lulus selepas Bahasa Malaysia.


Sejarah Wajib Lulus SPM
Tanpa sejarah .. siapalah kita!

Menurut beliau lagi, buat masa ini .. bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut akan digubal bagi memastikan pelajar benar² menghayati sejarah. Kementerian Pelajaran Tinggi sekarang, hanya menunggu pembentangan hasil kajian yang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah Sekolah Menengah.

Jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu terdiri daripada pakar sejarawan dan pensyarah universiti yang pakar dalam bidang Sejarah. Selain itu, Kementerian juga akan memperkenalkan Sijil Peperiksaan ulangan untuk mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013. Langkah ini perlu untuk membolehkan pelajar yang gagal mata pelajaran tersebut mengambil peperiksaan ulangan sebagaimana mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil SPM.

No comments:

Post a Comment