Friday 17 February 2012

(MASALAH)KEKURANGAN GURU LELAKI DI MALAYSIA

 
Baru-baru ini, Lebih 80 peratus atau 54,400 daripada kira-kira 68,000 permohonan untuk mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) yang diterima Kementerian Pelajaran bagi pengambilan Jun depan membabitkan golongan wanita. Persolaannya, di manakah golongan lelaki? Adakah masalah kekurangan guru lelaki di Malaysia akan berterusan dan bertambah serius? Sehinggakan ada mengatakan kekurangan guru lelaki di sekolah hari ini menjadi faktor utama peningkatan masalah disiplin kebelakangan ini……


Dahla…pelajar lelaki menjadi golongan minoriti di IPTA, ditambah pula kekurangan guru lelaki di sekolah. Tidak dinafikan bidang perguruan, kedoktoran, kejururawatan memang menjadi pilihan golongan wanita.
Kalau di sekolah, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, baik guru lelaki mahupun guru wanita. Kebiasaannya, hasil kerja “guru lelaki” tidak akan sama dengan “guru wanita” begitu juga “impak” guru wanita tidak akan sama dengan guru lelaki. Itu sebabnya apabila mereka mampu “bersatu” dan “berganding bahu” dengan baik, institusi pendidikan di sekolah mampu dipertingkat. Tetapi jikalau bilangan atara guru lelaki dan guru wanita tampak tempang? Apa kesannya?
Memang betul ibubapa sekarang banyak yang lepas tangan, yang laksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa dengan baik saya ucapkan tahniah dan syabas. Itu yang remaja sekarang jadi rosak. Kemudian apabila di sekolah, pelajar yang bermasalah inilah yang buat perangai. Jadi suka atau tidak, memang guru lelaki memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Takkan mahu dibiarkan begitu sahaja bukan? Akhirnya pelajar “naik kepala”…..
Kepada golongan lelaki jika anda berminat tetapi dalam pada masa yang sama kurang berkeyakinan untuk menjadi guru bolehlah mencuba untuk jadi guru sandaran, guru kontra atau guru ganti. Rasai dahulu pengalaman bergelar guru, kemungkinan minat yang sepenuh hati akan datang kemudiannya. Kalau berminat, apa salahnya diteruskan. Sekurang-kurangnya bebanan kekurangan guru lelaki dapat diatasi sedikit demi sedikit.

Dalam apa juga kerja sekalipun mesti datang MINAT. Minat juga datang daripada pendedahan dan peluang. Tidak dinafikan ramai golongan lelaki yang ingin menjadi guru sebenarnya ditambah pula lambakan golongan graduan mengangur di luar sana terutama graduan lelaki yang sebenarnya ramai berkeinginan untuk menjadi guru.  Betul tak? Mungkin Kementerian Pelajaran Malaysia kurang-kurangkanlah birokrasi. Bagi saya, kehadiran guru lelaki dan perempuan adalah saling melengkapi dalam institusi pendidikan.
4770814326 2fd73a9a85 (Masalah) Kekurangan Guru Lelaki di Malaysia
Kalau mengikut kepada Future Studies yang diketuai oleh Prof Abu Hassan, kekurangan guru lelaki boleh mempengaruhi pelajar-pelajar lelaki untuk jadi lembut kerana  ramainya ramainya guru-guru wanitadi sekolah

Jadi cikgu umpama lilin membakar diri. Dulu mungkin kita biasa mendengar. Sekarang saya nak ingatkan diri saya sendiri dan juga pembaca sekalian. Ingat, manfaat seorang guru adalah, ilmunya tak akan putus sepanjang zaman. Ia akan dikongsi, diperturunkan dari anak muridnya sampai ke generasi berikutnya. Pahala mendidik ilmu pengetahuan akan terus mengalir walaupun seorang guru menjadi penghuni alam barzakh. Ilmunya ibarat sedekah, yang pahalanya berterusan sepanjang masa.


No comments:

Post a Comment