Sunday 19 February 2012

SENARAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2012

Semalam Kementerian Pelajaran Malaysia mengiktiraf 14 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah rendah dan 4 sekolah menengah di bawah Kohort 3 tahun ini. Watikah pengiktirafan dan peruntukan dana khas disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebagai makluman bersama, pengikhtirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dibuat sejajar dengan salah satu tumpuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, khususnya untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing. Program itu juga bermatlamat untuk menghasilkan pelajar holistik yang cemerlang dengan menjadikan SBT sebagai tempat melatih murid cemerlang bertaraf antarabangsa di samping menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohot 3 Tahun 2012

10 Buah Sekolah Rendah 
  1. SK(P) Sultan Ibrahim, Johor Baharu
  2. SK Infant Jesus Convent, Johor Baharu
  3. SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah
  4. SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu
  5. SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu
  6. SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang
  7. SK Minden Height, Pulau Pinang
  8. SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang
  9. SJKC Keat Hwa (H) Alor Setar, Kedah
  10. SJKC Foon Yew 2 Johor Baharu, Johor
4 Buah Sekolah Menengah
  1. SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
  2. SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  3. SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor
  4. SM Sains Johor, Kluang, Johor.
Semoga pertambahan SBT ini turut menambah bilangan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga sahsiah moral dan agama di negara ini.

No comments:

Post a Comment