Friday 17 February 2012

KEPUTUSAN PEMANSUHAN UPSR &PMR

Guru-guru, pelajar, ibu bapa dan banyak pihak lain pastinya tertunggu-tunggu keputusan cadangan Pemansuhan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah dibincangkan sejak Jun 2010 lepas.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan secara tidak rasmi yang UPSR berkemungkinan akan dikekalkan, manakala pemansuhan PMR diteruskan dan digantikan dengan penilaian berasaskan sekolah. Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada pendapat umum hasil daripada keputusan beberapa siri rundingan meja bulat yang telah diadakan sebelum ini.

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan format baru mulai 2016. Peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR bagi murid Tahun 6 akan mempunyai bentuk dan format yang agak berbeza.

Peperiksaan UPSR PMR
Sistem baru untuk kedua-dua jenis peperiksaan itu hanya akan bermula pada 2016 kerana kementerian perlu mengambil masa untuk melaksanakan sistem penilaian yang baru itu kerana pelajar yang ada dalam sistem sekarang tidak boleh dibebani dengan format baru. Tambahan pula, penambahbaikan sistem peperiksaan UPSR dan PMR itu akan melibatkan perubahan dari segi kurikulum, buku dan latihan untuk guru.

Ini bermakna sekiranya pemansuhan PMR dan penambahbaikan UPSR ini telah diluluskan, kohort pertama akan bermula pada 2011. (Sumber: BERNAMA)

No comments:

Post a Comment