Baru-baru ini, Lebih 80 peratus atau
54,400 daripada kira-kira 68,000 permohonan untuk mengikuti Kursus
Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) yang diterima Kementerian Pelajaran
bagi pengambilan Jun depan membabitkan golongan wanita. Persolaannya,
di manakah golongan lelaki? Adakah masalah kekurangan guru lelaki di Malaysia
akan berterusan dan bertambah serius? Sehinggakan ada mengatakan
kekurangan guru lelaki di sekolah hari ini menjadi faktor utama
peningkatan masalah disiplin kebelakangan ini……
Dahla…pelajar lelaki menjadi golongan minoriti di IPTA,
ditambah pula kekurangan guru lelaki di sekolah. Tidak dinafikan
bidang perguruan, kedoktoran, kejururawatan memang menjadi pilihan
golongan wanita.
Kalau di sekolah, masing-masing ada
kelebihan dan kekurangan, baik guru lelaki mahupun guru wanita.
Kebiasaannya, hasil kerja “guru lelaki” tidak akan sama dengan “guru
wanita” begitu juga “impak” guru wanita tidak akan sama dengan guru
lelaki. Itu sebabnya apabila mereka mampu “bersatu” dan “berganding
bahu” dengan baik, institusi pendidikan di sekolah mampu dipertingkat.
Tetapi jikalau bilangan atara guru lelaki dan guru wanita tampak
tempang? Apa kesannya?
Memang betul ibubapa sekarang banyak
yang lepas tangan, yang laksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa
dengan baik saya ucapkan tahniah dan syabas. Itu yang remaja sekarang
jadi rosak. Kemudian apabila di sekolah, pelajar yang bermasalah inilah
yang buat perangai. Jadi suka atau tidak, memang guru lelaki memainkan
peranan yang penting dalam menangani masalah disiplin di sekolah.
Takkan mahu dibiarkan begitu sahaja bukan? Akhirnya pelajar “naik
kepala”…..
Kepada golongan lelaki jika anda
berminat tetapi dalam pada masa yang sama kurang berkeyakinan untuk
menjadi guru bolehlah mencuba untuk jadi guru sandaran, guru kontra atau
guru ganti. Rasai dahulu pengalaman bergelar guru, kemungkinan minat
yang sepenuh hati akan datang kemudiannya. Kalau berminat, apa salahnya
diteruskan. Sekurang-kurangnya bebanan kekurangan guru lelaki dapat diatasi sedikit demi sedikit.
Dalam apa juga kerja sekalipun mesti
datang MINAT. Minat juga datang daripada pendedahan dan peluang. Tidak
dinafikan ramai golongan lelaki yang ingin menjadi guru sebenarnya
ditambah pula lambakan golongan graduan mengangur di luar sana terutama
graduan lelaki yang sebenarnya ramai berkeinginan untuk menjadi guru.
Betul tak? Mungkin Kementerian Pelajaran Malaysia kurang-kurangkanlah
birokrasi. Bagi saya, kehadiran guru lelaki dan perempuan adalah saling
melengkapi dalam institusi pendidikan.
Kalau mengikut kepada Future Studies yang diketuai oleh Prof Abu Hassan, kekurangan guru lelaki boleh mempengaruhi pelajar-pelajar lelaki untuk jadi lembut kerana ramainya ramainya guru-guru wanitadi sekolah
Jadi cikgu umpama lilin membakar diri.
Dulu mungkin kita biasa mendengar. Sekarang saya nak ingatkan diri saya
sendiri dan juga pembaca sekalian. Ingat, manfaat seorang guru adalah,
ilmunya tak akan putus sepanjang zaman. Ia akan dikongsi, diperturunkan
dari anak muridnya sampai ke generasi berikutnya. Pahala mendidik ilmu
pengetahuan akan terus mengalir walaupun seorang guru menjadi penghuni
alam barzakh. Ilmunya ibarat sedekah, yang pahalanya berterusan
sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment