PUTRAJAYA: Sekolah Menengah Sains (SMS), Kota Tinggi, Johor (SMSKT)
yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), semalam
berhasrat meningkatkan kecemerlangan pelajar bukan saja di peringkat
kebangsaan tetapi ke arena antarabangsa.
Pengetuanya, Mohamad
Mahadi, berkata usaha untuk mencapai pengiktirafan berkenaan banyak
dilakukan bekas pengetuanya, Hassan Taufik yang menjalankan perancangan
strategik SBT setiap tiga tahun sekali.
Beliau berkata,
sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini, SMSKT bukan hanya dapat
diiktiraf SBT tetapi terlebih dahulu diiktiraf sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan (SKK).
“Kami bersyukur kerana SMSKT berjaya
diiktraf sebagai SBT dan terima kasih kepada bekas pengetua Hasan
Taufik yang banyak membawa kecemerlangan kepada sekolah selama ini.
“Menerusi pengiktirafan ini, kita harap sekolah akan terus cemerlang,
gemilang dan terbilang, sekali gus menepati hasrat SBT meneroka ke
peringkat antarabangsa, pada masa sama diharap kecemerlangan pelajar
akan sentiasa dijana secara berterusan dan menepati falsafah pendidikan
negara,” katanya ketika ditemui selepas menerima watikah pengiktirafan
SBT daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di
sini, semalam.
Sementara itu, seorang lagi pengetua Datin
Azizah Ahamad Tan Sekolah Kebangsaan (SK) Infant Jesus Convent, Johor
Bahru, Johor berkata, pengiktirafan terbabit menjadi perangsang kepada
sekolah untuk terus mengembangkan kapasiti tenaga pengajar di sekolah
selaras usaha meningkatkan kecemerlangan murid.
myMetro: 4 Februari 2012
No comments:
Post a Comment