KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada surat pembaca, Guru Prihatin, Terengganu' di ruangan ini bertarikh 11 Januari 2012 bertajuk Dilema pelajar Terengganu.
KPM mengucapkan terima kasih kerana keprihatinan masyarakat terhadap pemilihan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
hanya menguruskan kemasukan dan penempatan murid di SBP manakala
penempatan murid di Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster
Kecemerlangan dan Sekolah-sekolah kawalan negeri diuruskan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri masing-masing.
Pemilihan murid ke Tingkatan 1 di SBP adalah berdasarkan syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM iaitu:
* Warganegara Malaysia;
* Murid dari Sekolah Kebangsaan/Bantuan Penuh Kerajaan;
* Memperoleh keputusan 5A atau 4A, 1B dalam UPSR dengan mata pelajaran sains dan matematik memperoleh gred A;
* Memperoleh keputusan 3A2B dalam UPSR bagi murid dalam golongan miskin tegar; dan
* Pencapaian aktif dalam kokurikulum.
Walau
bagaimanapun, bilangan murid yang mencapai prestasi cemerlang dalam
UPSR dan kokurikulum, semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Jumlah permohonan ke SBP yang diterima oleh KPM juga meningkat berbanding bilangan tempat yang ditawarkan.
Pada
tahun ini, permohonan ke Tingkatan 1 di SBP yang diterima oleh KPM
ialah 99,765 untuk kemasukan ke 57 buah SBP, dan bilangan tempat yang
dapat ditawarkan di SP ialah 7,657.
Sehubungan itu, KPM telah melaksanakan proses pengambilan murid berdasarkan merit yang merangkumi:
* Pencapaian akademik:
* Pencapaian kokurikulum:
* Pencapaian khas seperti aspek kepemimpinan; dan
* Status sosioekonomi keluarga.
KPM
telah menyediakan peluang untuk permohonan ke Tingkatan 1 di SBP, yang
tidak berjaya mengemukakan rayuan melalui talian e-rayuan di Portal
Rasmi KPM iaitu di laman sesawang http//www.moe.gov.my bermula 14 Disember 2011 hingga 4 Januari 2012 .
Sekiranya
pemohon memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM,
permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika terdapat kekosongan tempat
di SBP.
Utusan Malaysia Online: 12 Januari 2012
No comments:
Post a Comment