Secara umumnya, pemimpin ialah seorang
individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan
menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan itu.
Ini bermakna kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke
arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Sesetengah orang
menganggap ‘pemimpin’ itu seseorang yang boleh mendorong pengikut untuk
bekerja kuat,menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu
lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa
pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan semua sifat iaitu
pengarah, pendorong dan pembantu.
Mengikut Katz dan Khan (1978) terdapat
tiga perkara yang ditekankan dalam konteks kepimpinan, iaitu kedudukan
atau jawatan, Sebagai peribadi seorang individu dan sebagai satu
rangkaian tingkah laku tertentu. Robert Dubin (1958) menjelaskan iaitu;
Leadership in organizations involves the exercise of autority and the
making od decisions.
Berdasarkan definisi tersebut,
kepimpinan merujuk kepada keupayaan serta kebijaksanaan seseorang ketua
dalam menguruskan kakitangan bawahannya dan sumber yang ada. Ia juga
bermaksud sesuatu kuasa yang ada pada seseorang pemimpin untuk
menggerakkan anggota kumpulannya untuk mencapai matlamat tertentu.Untuk
mempengaruhi kakitangan, biasanya seseorang pemimpin menggunakan
pelbagai cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan, ganjaran,
menunjukkan model yang baik, menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan
sebagainya.
Dalam pentadbiran pendidikan, peranan
kepimpinan adalah sangat penting. Sekolah yang berjaya dalam bidang
akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak
kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua. Sekolah yang mempunyai
pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang yang lembap dalam
menjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan menjadi
cemerlang. Jadi, kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan penting
dalam kepimpinan pendidikan.
Untuk menjadi seorang pemimpin di
sekolah dan juga seorang pemimpin di peringkat Jabatan Pendidikan
Daerah, Negeri dan juga Persekutuan memerlukan ketokohan kepimpinan. Ia
memerlukan pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang murid dan
masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan, kurikulum
sekolah, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi,
masalah politik semasa dan sebagainya. Tanpa pengetahuan yang lengkap
dalam bidang-bidang tersebut, seseorang pentadbir pendidikan akan merasa
tidak yakin ke atas keupayaan kepimpinannya.
Teori-Teori Kepimpinan
Banyak teori mengenai kepimpinan dikemukakan. Dari dahulu hingga sekarang berbagai-bagai sudut dikaji. Namun pendapat-pendapat mengenainya tidak sekata. Hasilnya muncul pelbagai pandangan berkaitan dengan kepimpinan. Seorang pemimpin yang baik perlu mengetahui tentang teori, model dan konsep kepimpinan yang wujud. Dalam mengkaji kepimpinan, berbagai teori dikemukakan seperti teori sifat, teori perlakuan, teori kotegensi, teori karismatik, teori X, Y dan Z, dan sebagainya.

Teori X dan Y
Teori ini telah diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat dua set andaian terhadap manusia iaitu ‘Teori X’ dan ‘Teori Y’. Teori X ialah pendekatan ‘carrot and stick (Razali Mat Zin, 1966). Teori X mengandaikan bahawa pekerja semulajadinya malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa, pekerja tidak mempunyai cita-cita dan tidak mahu memikul tanggungjawab, pekerja tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan matlamat organisasi dan pekerja hanya mahu bekerja kerana dirangsang oleh keperluan psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja.

Teori Y pula lebih bercirikan motivasi
dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan bahawa kerja sebagai satu
perkara semulajadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti bermain,
bersukaria dan lain-lain jika keadaan kerja itu baik, tetapi mereka akan
menganggap kerja sebagai beban jika pengalaman bekerjanya pada masa
lepas tidak menyenangkan. Selain itu, pekerja sememangnya mencari dan
mahukan tanggungjawab kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa.
Teori Perhubungan Manusia
Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian-kajian telah dibuat oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat disukai orang-orang bawahan iaitu :

- Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation).
- Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).
Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini
membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat
kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada
organisasinya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berjaya ialah
pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan
baik dengan pengikutnya.
Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situasional Leadership Theories)
Bermula dari tahun 1940-an lagi penyelidik-penyelidik telah mencari faktor-faktor situasi yang boleh mempengaruhi peranan, kemahiran, dan tingkah laku pemimpin ke atas prestasi dan kepuasan bekerja.Fred Fiedlier telah mencadangkan satu model Kotegensi Kepimpinan yang efektif. Model ini mengandungi hubungan antara stail kepimpinan dengan suasana situasi yang menyenangkan. Kesesuaian situasi ini bergantung kepada 3 dimensi berikut:

- Hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan hormat menghormati.
- Darjah struktur tugas, iaitu sejauhmana tugas itu didefinisikan dengan jelas atau kabur.
- Kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada pemimpin/ individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan, menilai atau menaikkan pangkat kakitangan.
Situasi yang menyenangkan akan
diperolehi sekiranya ketiga-tiga dimensi tersebut positif. Dengan kata
lain, sekiranya ketua itu secara amnya diterima kakitangan, struktur
tugas jelas dan ketua mempunyai autoriti dan kuasa formal. Situasi ini
menyenangkan dan digabungkan dengan gaya kepimpinan dapat menghasilkan
keberkesanan.
Dalam Teori Kepimpinan Mengikut Situasi,
teori ini bermula dengan anggapan bahawa keadaan yang berbeza
memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan ingin
diwujudkan. Rasionalnya ialah kepimpinan yang berkesan akan bukan
sesuatu yang nyata yang boleh wujud tersendiri dengan bentuk yang sama,
tetapi ianya bergantung kepada beberapa faktor lain berupa manusia dan
persekitaran yang saling berinteraksi dan saling mempengaruhi. Intipati
kepada teori-teori ini ialah :
- Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang-orang bawahan ; mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan, manakala mereka yang kurang matang memerlukan arahan dari ketua
- Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza ; cara paling baik hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan dibuat
- Tidak ada hanya satu saja cara memimpin yang paling baik; keberkesanan seseorang pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan keadaan
- Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan kepada orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.
Teori Perlakuan
Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan kemanusiaan boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanankan tugas. Kajian-kajian oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang-orang bawahan iaitu perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation) dan perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).
Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan kemanusiaan boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanankan tugas. Kajian-kajian oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang-orang bawahan iaitu perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation) dan perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).
Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini
membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat
kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada
organisasinya. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat
tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya.
Fungsi dan peranan pemimpin dilihat
melalui dua kategori iaitu untuk menyelesaikan masalah dan pengendalian
kumpulan pengikut. Pemimpin yang berkesan lazimnya bijaksana dalam
mengendalikan kedua-dua perkara tersebut dalam memenuhi tuntutan
individu, kumpulan dan organisasi. Pemimpin juga dinilai dari segi
keupayaannya dalam melaksanakan tangungjawab berorientasikan pekerja
atau tugas.
Pemimpin yang mementingkan organisasi
tugas lebih mengutamakan standard pencapaian dan daya pengeluaran tetapi
hubungan kemanusiaan dan kebajikan pekerja kurang dititik beratikan.
Pemimpin yang berorientasikan pekerja mendapat pujian dan popular tetapi
mungkin menurun dari segi produktiviti dan kualiti. Kesan perlakuan
pemimpin berdasarkan tangungjawab berorientasikan tugas dan orentasi
pekerja telah memberi impak terhadap keberkesanan peranan kepimpinan
mereka.
Keseluruhannya, walaupun teori-teori
yang dikemukakan ini berbeza dari segi pendekatan, isi dan kesimpulan,
kesemuanya mirip menyatakan ada satu saja cara yang terbaik untuk
memimpin orang bawahan. Masing-masing mengutarakan cara mereka. Ada yang
mengatakan kejayaan bergantung kepada karisma seseorang, ada yang
mengatakan bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan
perlakuan tertentu, dan ada pula yang mengatakan kejayaan bergantung
kepada anggapan pemimpin terhadap orang-orang bawahannya ( Ibrahim
Mamat, 2001).
Walau bagaimanapun, semuanya mempunyai
kekuatan dan kelemahan tersendiri. Tidak ada satupun yang sempurna.
Namun teori-teori ini sangat berguna untuk diteliti oleh orang-orang
yang ingin menjadi pemimpin kerana mereka dapat mengetahui hal-hal yang
boleh memberi kesan ke atas kepimpinan.
Jenis-Jenis Kepimpinan
Penyelidikan mengenai jenis kepimpinan
ini masih berjalan dengan lancar dan selain dari jenis yang disebutkan
di atas, ada berbagai-bagai lagi gaya kepimpinan. Reddin , 1970 (dalam
Robiah Sidin, 1989) telah membahagikan gaya kepimpinan mengikut model
dimensi yang mengandungi tiga gaya asas, empat gaya pengurusan yang
berkesan dan empat lagi gaya pengurusan yang agak kurang berkesan.
Manakala Boles dan Davenport, 1975, telah menyarankan beberapa gaya
untuk kepimpinan dan cara dia menggunakan kuasa itu.
Gaya kepimpinan yang pelbagai
menunjukkan bahawa konsep kepimpinan itu adalah amat rumit. Seseorang
pentadbir yang memegang sesuatu jawatan itu tidak semestinya terus
dianggap menjadi seorang pemimpin. Pentadbir harus pertama sekali
berupaya menggerakkan anggota-anggota lain di dalam sesuatu kumpulan
itu, membimbing dan mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat
tertentu.
Dalam pada itu, pentadbir harus
memastikan bahawa dia mematuhi norma-norma yang telah ada mengenai
seseorang pemimpin. Segala langkah tindakannya juga harus memberi
kepuasan kepada anggota-anggota secara individu. Untuk membolehkan
pentadbir membuat penyesuaian terhadap keperluan-keperluan yang
bermacam-macam lagi kompleks, seseorang pemimpin harus berupaya
mengubahsuai gaya kepimpinannya mengikut keadaan yang timbul.
Kepimpinan Demokratik (Democratic Leadership)
Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing.

Pemimpin demokratik berperanan menjadi
pembimbing yang baik kepada kumpulannya. Dia menginsafi peranannya
sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan mengutamakan rasa
tanggungjawab dan kerjasama baik kepada setiap individu yang
dipimpinnya. Dia juga tahu urusan kumpulan bukan masalah peribadinya.
Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak. Sebagai
pemimpin, ia menyedari dia tidak mampu bekerja seorang diri. Dia
memerlukan sokongan orang-orang bawahannya. Kuasa diagih-agihkan
menyebabkan semua orang merasa yakin dan senang hati menunaikan tugas
masing-masing. Dengan demikian kumpulan akan terus berjalan lancar dan
bergerak maju.
Menurut Ibrahim Mamat (2001), pemimpin
demokratik berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepatkan perjalanan
proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai. Disebabkan
kepimpinannya bersifat membantu, dia dihormati dan dihargai serta
dilihat sebagai lambang ‘kebaikan’. Orang bawahan tidak melihatnya
sebagai majikan kerana apabila sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap
sebagai hasil dari komitmen bersama, buka hasil dari usahanya
bersendirian kerana dia sedar bahawa dia buka ‘superman’.
Para pemimpin jenis demokratik ini juga
dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang
tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan
ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian
tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa. Jenks (1990)
mengaitkan gaya kepimpinan ini juga dengan tingkah laku dan mengatakan
bahawa kepimpinan turut serta mementingkan kedua-dua pengeluaran dan
manusia atau struktur tugas dan timbangrasa. Di antara matlamat stail
kepimpinan ini adalah semangat kerja berpasukan.
Kepimpinan Autokratik (Autocratic Leadership)
Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif.

Para pemimpin autokrat lazimnya
berfungsi secara autonomi memberi tunjuk ajar tentang apa dan bagaimana
tugas-tugas harus dilakukan, membuat keputusan sendiri dan suka memberi
arahan (Keith & Girling, 1991). Kepimpinan mereka dicirikan oleh
penekanan yang kuat terhadap pengeluaran dan kurang terhad elemen
manusia (Jenk, 1990). Orang-orang bawahan diharapkan mengikut dan
membuat apa yang mereka diarahkan. Konflik atau masalah diselesaikan
dengan pantas dan komunikasi lebih bersifat dari atas ke bawah.
Mereka menggunakan ganjaran dan hukuman,
memuji dan memberi penghargaan dan selalunya menggunakan kritikan tidak
membina (Keith & Girling, 1991). Power & Power (1983)
berpendapat, sekiranya pemimpin ini berketrampilan, tingkahlakunya yang
autokratik itu akan dianggap sebagai beban yang terpaksa diterima. Jika
tidak berketrampilan perasaan marah, kebencian dan kerisauan akan timbul
dan ini akan melumpuhkan seluruh operasi organisasi. Stail kepimpinan
autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia
membenarkan proses membuat keputusan yang tepat.
Kepimpinan Lepas-Bebas (Laizssez-Faire Leadership)
Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Dia melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujuai tercapai.

Keadaan yang sangat bebas dan liberal
ini terkadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolah-olah tidak
mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara tersendiri.
Seandainya orang-orang bawahan betul-betul matang, maka penghasilannya
memang baik, tetapi jika ramai antara mereka yang kurang matang, maka
hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka seperti kehilangan pedoman
sebab tiada pemandu/pembimbing yang menunjuk arah.
Menurut Keith & Girling (1991),
stail kepimpinan laissez-faire bersandar kepada falsafah membiarkan
setiap individu dalam organisasi membuat kerjanya sendiri. Para pemimpin
jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan
juga tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di
bawah pemimpin-pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan
yang jelas, maka konflik antara berbagai kumpulan dinamik sama ada
formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk dikawal.
No comments:
Post a Comment