Kementerian
Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi
memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem
pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis
daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada tuhan.
Transformasi
berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan
waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan.
Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran
berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan
kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui transformasi
kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam
sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.
Dengan
cara itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui isi
kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan.
Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi itu dilaksanakan dengan
mengambil kira enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap
dan nilai, kemanusian, fizikal dan estetika, literasi sains dan
teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik.
Transformasi
pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi
modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi
kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan
murid untuk membangunkan modal insan yang berpengatahuan serta
berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.
Sumber : http://www.cikgublog.com/
No comments:
Post a Comment